Kidsventure Webinar: Business Idea & Mini Business Plan 1
11 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniProgram KIDSVENTURE WEBINAR (Business Idea & Mini Business Plan 1) telah berjaya dianjurkan pada 10 Januari 2026 (Sabtu) dengan penyertaan seramai 5 orang murid. Program ini sebagai salah satu inisiatif berterusan dalam memperkenalkan ilmu asas keusahawanan serta kemahiran perancangan perniagaan kepada murid secara sistematik dan interaktif.
Sepanjang sesi webinar ini, para peserta telah diberi pendedahan awal mengenai dunia perniagaan, khususnya dalam memahami konsep model perniagaan (business model) dan kepentingannya dalam membangunkan sesuatu idea perniagaan. Peserta turut mempelajari asas Business Model Canvas (BMC) sebagai satu alat perancangan perniagaan yang ringkas tetapi berkesan, serta bagaimana BMC boleh digunakan untuk menyusun idea perniagaan mereka secara lebih tersusun dan mudah difahami.
Bagi memastikan pemahaman yang lebih praktikal, para pelajar diperkenalkan kepada jadual Business Model Canvas melalui visual dan contoh yang disediakan. Seterusnya, mereka diminta untuk menghasilkan semula jadual tersebut menggunakan aplikasi Canva. Melalui aktiviti ini, para peserta bukan sahaja dapat memahami struktur dan komponen utama dalam BMC, malah berpeluang mempelajari kaedah baharu memasukkan jadual (table) ke dalam Canva, sekali gus meningkatkan kemahiran digital mereka.
Pendekatan pembelajaran secara amali ini memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dan kritikal dalam merancang idea perniagaan masing-masing, di samping membina keyakinan diri untuk menyampaikan dan mengembangkan idea yang dimiliki.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: